Perlindungan Pelan Takaful untuk anak yang penting adalah Medical card atau Kad Perubatan. Sebagai ibu bapa semestinya anda sayang kepada anak-anak andadan inginkan yang terbaik untuk anak-anak.
Salah satu perkara yang harus dititik beratkan untuk anak anda, adalah rawatan kesihatan untuk anak. Sudah tentu anda mahukan anak anda dirawat dengn baik dan segera jika mereka sakit kerana anda sayangkan mereka.
Anda wajib menyediakan Pelan Perlindungan AIA Public Takaful ini untuk setiap anak anda. Kami akan menerangkan sebab kenapa perlu pelan takaful dan bagaimana cara kiraan pampasan yang sesuai agar anda memperolehi pelan yang sangat bermanfaat untuk masa depan anak anda.
Kenapa Perlu Pelan Takaful Untuk Anak?
Anak terutama anak kecil adalah fragile dan mudah terdedah dengan penyakit berjangkit akibat sistem imunisasi yang masih lemah. Oleh itu, perlindungan kos rawatan di hospital adalah amat penting. Kebiasaannya, rawatan di hospital kerajaan mengambil masa yang panjang kerana kesesakannya.
Sebagai alternatif, hospital swasta lebih cepat tetapi memerlukan kos rawatan yang tinggi. Maka, perlindungan takaful untuk anak ini memudahkan urusan jika anda perlu mendapatkan rawatan di hospital swasta. Hospital swasta adalah mudah, cepat, efisyen dan tidak perlu memikirkan kos rawatan yang tinggi disamping mendapat keselesaan.
Bagaimana Menentukan Pelan Takaful Untuk Anak Terbaik?
Buat sedikit kajian tentang hospital swasta berdekatan. Pilih bilik yang selesa untuk anak anda. Samaada bilik 1 atau 2 orang. Lihat kepada harga bilik harian hospital tersebut. Terdapat beberapa elemen yang perlu diambil kira.
- Kos Bulanan
- Had tahunan dan had seumur hidup
- Jenis pelan boeh ubah atau tidak
- Patuh Syariah
Di AIA, terdapat 4 pelan pilihan mengikut harga bilik untuk takaful anak :
- Bilik 150
- Bilik 200
- Bilik 300
- Bilik 500
Simpanan Pendidikan Untuk Anak-Anak
Kenapa Perlukan Simpanan?
Fokus kepada perbelanjaan mereka selepas umur 18 sehingga 23. Dalam tempoh ini, kos untuk masuk ke Universiti atau Kolej adalah sangat besar. Maka, mereka perlukan Tabung Simpanan Pendidikan mulai hari ini. Di AIA, simpanan ini akan dilaburkan agar jumlah simpanan meningkat.
Berapa Peruntukan Simpanan Pelan Takaful Anak?
Terpulang kepada kemampuan menyimpan secara konsisten. Sebagai contoh, anak anda berusia 4 tahun. Tempoh mencapai umur 18 adalah 14 tahun. Jika menyimpan RM50 sebulan, semasa umur 18, anak anda mempunyai nilai simpanan sekurang-kurangnya RM8,400 (belum termasuk dividen dari AIA).
Pampasan Penyakit Kritikal Kanak-Kanak
Kenapa Perlu Pampasan Penyakit Kritikal?
Sebagai contoh, anak anda menghidapi penyakit Kanser atau Epilepsi. Secara tidak langsung, anak anda perlu penjagaan kesihatan yang terperinci untuk 1 tempoh yang lama. Pampasan ini akan digunakan sebagai sokongan kos rawatan tambahan sepanjang tempoh pemulihan.
Bagaimana Kiraan Pampasan?
Menjadi kebiasaan apabila berlakunya penyakit kritikal kanak-kanak, tempoh pemulihan adalah 10 hingga 15 Tahun. Contoh kiraan :
Jumlah pampasan =Â Perbelanjaan Bulanan Anak X 10 Tahun
Pampasan Hilang Upaya/Lumpuh
Kenapa Perlu Pampasan Hilang Upaya / Lumpuh?
Ia berkemungkinan akibat kemalangan atau penyakit yang. Ia juga memungkinkan anak anda sukar untuk ke sekolah. Maka, pampasan ini akan digunakan sebagai sokongan kos perbelanjaan tambahan sepanjang tempoh pembesaran.
Bagaimana Kiraan Pampasan?
Pampasan ini adalah sama dengan Pampasan Kematian. Anda boleh mendapatkan Perlindungan ini secara Percuma tanpa sebarang caruman tambahan.
Pampasan Kematian (Hibah Ehsan)
Kenapa Perlu Hibah?
Apabila berlaku kematian kepada anak, pastinya kesedihan itu tidak dapat dinafikan. Walaubagaimanapun AIA menyediakan Hibah Ehsan dalam bentuk tunai agar ianya boleh dimanfaatkan seperti :
- Perbelanjaan untuk menghilangkan kesedihan keluarga.
- Hibah kepada masjid/madrasah sebagai amal jariah (saham akhirat).
Bagaimana Kiraan Pampasan Hibah?
Pampasan tidak perlu terlalu tinggi dengan alasan, anak bukan ketua keluarga yang mencari nafkah dan mereka tidak meninggalkan hutang. Maka, adalah sesuai jika jumlah pampasan ini diletakkan rendah contohnya RM10,000 atau RM15,000.
Berapa Kadar Caruman Yang Sesuai Untuk Pelan Takaful Anak?
Bulanan bermula dari serendah RM150 sebulan sehingga 7% daripada gaji bulanan anda (Contoh : Gaji RM5,000 Sebulan X 7% = RM250).
Perlu diingatkan juga bahawa, Pelan Takaful Anak adalah satu pelan kewangan dan pelaburan bukan sahaja untuk perlindungan tempoh panjang, ia juga perlu dibayar untuk tempoh yang panjang secara konsisten. Jadi, pastikan pelan ini benar-benar bermanfaat, mengikut keperluan dan kemampuan untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 hingga 15 Tahun.
Produk AIA yang berkaitan dengan Pelan ini :
- A-Life Medik Famili
- A-Life Ikhtiar
- A-Life Link-i
- A-Life Joy-i
- A-EnrichGold-i
Borang Memohon Sebutharga (Quotation) Percuma
Isi borang online mengikut keperluan perlindungan permohonan takaful yang anda perlukan dan hantarkan permohonan. Kami akan membantu anda dalam menyediakan sebut harga dan menguruskan permohonan anda secara Percuma.