Salah satu perkara yang paling berharga kepada setiap individu adalah keluarga kerana keluarga adalah satu satunya orang yang akan bersama ketika jatuh bangun dan susah senang kita bersama. Jika anda merupakan seorang yang telah berumah tangga, atau mempunyai tugas sebagai ketua keluarga, meskipun menjadi seorang ibu tunggal, sudah tentu anda mahu memberikan yang terbaik untuk pasangan dan anak – anak anda agar mereka mempunyai kehidupan yang selesa dan berkualiti.
Kita tidak dapat meneka apa yang akan terjadi kepada kita di masa depan, namun apabila sesuatu yang berada di luar jangkaan berlaku, sudah tentu kita mahukan keluarga kita mempunyai kehidupan dan pengurusan kewangan yang baik. Hibah adalah salah satu cara yang anda boleh berikan kepada keluarga, pasangan atau anak – anak anda agar mereka dapat meneruskan kehidupan sekiranya ada apa – apa yang terjadi kepada anda suatu hari nanti.
Pelan Hibah Takaful AIA – Perlindungan Sehingga RM3,000,000
Pelan Hibah Takaful AIA adalah pelan yang wajib dimiliki oleh setiap individu yang berusia 16 tahun ke atas. Menjadi keutamaan kepada mereka yang sudah berkeluarga.
Ramai yang telah menggunakan perkhidmatan syarikat AIA dan sangat berpuas hati dengan servis yang mereka pilih. AIA menawarkan pelan hibah takaful, medical card, pelan simpanan, pelan perubatan dan insurans berkumpulan.
Jenis Pelan Hibah Takaful AIA
Terdapat pelbagai jenis hibah takaful AIA yang anda boleh pilih bersesuaian dengan bajet dan keperluan anda. Berikut adalah jenis – jenis hibah takaful untuk anda;
Faedah Asas Pelan Takaful Hibah AIA
- Pampasan Hibah Sekiranya Meninggal Dunia (Khairat Kematian)
- Pampasan Hibah Jika Berlaku Hilang Upaya atau Cacat Kekal (Income Protection)
- Faedah Penepian Caruman (Waiver)
- Faedah Tempoh Matang (Surrender Value atau Cash Value)
Pampasan Hibah Sekiranya Meninggal Dunia (Khairat Kematian)
Sekiranya berlaku kematian kepada anda. Jumlah hibah akan diberikan kepada waris atau penama. Pilihan jumlah hibah bermula dari RM50,000.
- Untuk Pelan Takaful Hibah RM50,000 ke RM349,000 :
- Untuk Pelan Takaful Hibah RM350,000 ke RM3,000,000 :
Keadaan Meninggal Dunia | Jumlah Pampasan Hibah |
---|---|
Kematian Akibat Biasa (Sakit) | 100% |
Kematian Akibat Kemalangan | 200% |
Semasa Mengerjakan Umrah dan Haji | 200% |
Akibat Kemalangan Semasa Menaiki Kenderaan Awam | 300% |
Akibat Bencana Alam | 600% |
Pampasan Hibah Jika Berlaku Hilang Upaya atau Cacat Kekal (Income Protection)
Sekiranya berlaku kepada anda. 100% jumlah hibah akan diberikan kepada anda. Jumlah hibah adalah bersamaan dengan jumlah hibah jika meninggal dunia. Faedah ini adalah percuma. Tidak perlu caruman tambahan.
Faedah Penepian Caruman (Waiver)
Sekiranya berlaku Penyakit Kritikal atau Hilang Upaya, caruman polisi tidak lagi perlu dibayar oleh anda. AIA akan membantu anda dengan meneruskan pembayaran caruman untuk memastikan anda terus menikmati faedah lain.
Faedah Tempoh Matang (Surrender Value atau Cash Value)
Tempoh matang adalah tempoh maksima sijil takaful berkuatkuasa. Pilihan tempoh matang adalah pada umur 70 atau 80. Apabila selesai umur matang sijil dan tidak berlaku apa-apa musibah, anda layak untuk mendapat sejumlah pulangan tunai.
Caruman Pelan Takaful Hibah AIA
Caruman akan ditentukan mengikut keadaan semasa berpandukan beberapa faktor :
- Umur
- Jantina
- Jenis Pekerjaan
- Jumlah Hibah
- Pilihan Faedah Tambahan
Terdapat pilihan caruman Bulanan atau Tahunan dan kadar caruman adalah tetap. Tidak akan berlaku RePricing dimasa hadapan.
Kenapa Anda Perlu Mendapatkan Pelan Takaful Hibah AIA?
Jadi, apa kelebihan pelan hibah takaful dari AIA berbanding hibah – hibah yang ditawarkan oleh syarikat lain? Berikut adalah kelebihan pelan takaful hibah AIA;
- Pampasan yang tinggi
- Bayaran bulanan yang rendah
- Pampasan cepat dicairkan
- Pelan Untuk Suami Isteri
- Pelan Hibah Patuh Syariah
Dapatkan Pelan Hibah AIA Perlindungan Sehingga RM3Juta Hari Ini! (Quotation) Percuma