Wasiat HIbah

MRTT, MLTT, MRTA, MLTA | Perlindungan Takaful Pinjaman Rumah

Bagi yang pernah membeli rumah atau hartanah, perkataan seperti ‘MRTA’, ‘MLTA’, ‘MRTT’, dan ‘MLTT’ mungkin anda sudah biasa mendengarnya. Keempat-empatnya adalah jenis-jenis perlindungan insurans nyawa yang penting untuk pinjaman perumahan, atau gadai janji, anda! Dengan kata lain takaful untuk pinjaman rumah anda.

Takaful Pinjaman Rumah
Membeli rumah adalah satu komitmen yang besar dan sekiranya membeli melalui pinjaman bank, secara puratanya pembayaran pinjaman akan dilakukan dalam tempoh 30 tahun.

Sudah menjadi kewajipan kepada setiap pembeli rumah yang membeli rumah secara Pinjaman atau Pembiayaan Bank untuk melampirkan juga satu Polisi Perlindungan samaada MRTT, MLTT, MRTA, atau MLTA.

Perbezaan MRTT, MLTT, MRTA & MLTA

Jadi Takaful atau Insurans untuk rumah inilah yang akan membayar semua Baki Hutang Pinjaman Bank anda sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Kekal. Dengan itu, Keluarga tidak akan terbeban dengan Hutang yang anda tinggalkan.

Terdapat beberapa pilihan polisi untuk perlindungan haranah anda. Antaranya :

  1. Perlindungan Hutang Rumah Takaful

    • MRTT : Mortgage Reducing Term Takaful
    • MLTT : Mortgage Level Term Takaful
  2. Perlindungan Hutang Rumah Konvensional

    • MRTA : Mortgage Reducing Term Assurance
    • MLTA : Mortgage Level Term Assurance

Keempat-empat perlindungan ini adalah seperti jaring keselamatan kewangan untuk pinjaman perumahan anda. Tetapi apakah perbezaan antara keempat-empatnya, dan pilihan mana yang terbaik untuk anda?

Disini kita akan fokus kepada Perlindungan Hutang Rumah Takaful (Patuh Syariah) MRTT dan MLTT.

Perbezaan Takaful Pinjaman Rumah MRTT dan MLTT

Jenis PerbandinganMRTTMLTT
TujuanPerlindungan Hutang Rumah SahajaPerlindungan Hutang Rumah Sahaja + Hibah Kepada Keluarga
Jenis PerlindunganTerhad kepada Kematian dan Hilang Upaya KekalKematian, Hilang Upaya Kekal, dan Pilihan Perlindungan Tambahan seperti Waiver
PerlindunganBerdasarkan baki hutang, akan berkurangan setiap tahun.Berdasarkan jumlah keseluruhan hutang. Sama sepanjang tempoh polisi.
Harga PremiumRendahTinggi
Cara PembayaranSekaligusAnsuran Bulanan/ Suku Tahunan/ Setengah Tahun / Tahunan atau Sekaligus
Dibawah Pembiayaan BankAdaTiada
RefinancePolisi TerbatalPolisi Tidak Terbatal
Pindah MilikTidak boleh dipindah milikBoleh dipindah milik
TuntutanSyarikat insurans akan membayar baki hutang dan waris mendapat rumahSyarikat insurans/takaful akan membayar pampasan kepada penama untuk selesaikan hutang rumah. Rumah dan lebihan pampasan akan diterima waris.
Penama kepada PolisiPenerima adalah BankPenerima boleh kepada Sesiapa Sahaja, Selalunya waris

Setiap produk ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Kita dapat apa yang kita bayar, tanpa mengatakan bahawa MRTT lebih baik dari MLTT atau sebaliknya.

Dari segi harga, MRTT jauh lebih rendah berbanding MLTT. Cuma MRTT perlu dibayar sekaligus manakala MLTT boleh dibayar secara ansuran.

Apapun bagi MRTT kadang-kala ada pilihan yang ditawarkan oleh pihak bank untuk dimasukkan ke dalam bayaran ansuran pembiayaan perumahan yang dibuat.

Pembayaran caruman sumbangan untuk MRTT 100% dibayar untuk perlindungan, sebab itu ia lebih murah. Manakala pula bagi MLTT, ada sedikit nilai tunai.

Bagaimana Menentukan Samaada MRTT atau MLTT Adalah Yang Terbaik?

Langkah 1 : Kenal pasti Tujuan sebenar membeli harta/rumah. Samaada untuk kediaman sendiri atau sebagai satu medium pelaburan. Ia akan menentukan berapa lama anda akan memegang harta ini.

Langkah 2 : Menganalisis bajet bulanan atau tahunan yang bersesuaian dengan pendapatan isi rumah khusus untuk tujuan polisi perlindungan. Ini akan mengelakkan pembayaran tertunggak yang akan menyebabkan masalah yang tidak diingini berlaku pada masa hadapan. Dapatkan satu jumlah yang benar-benar anda mampu bayar secara konsisten untuk jangka masa panjang.

Langkah 3 : Setelah jumlah itu disahkan dan dipersetujui oleh anda dan pasangan, buat beberapa perbandingan dan pengiraan berkenaan polisi ini. Amatlah digalakkan untuk anda berjumpa dengan ramai agen dari syarikat-syarikat takaful bagi tujuan mendapatkan penjelasan, penerangan dan nasihat berkenaan polisi ini. Ia akan mengelakkan anda dari tersalah memilih polisi perlindungan yang sewajarnya.

Mahukan penerangan lebih lanjut. Isi borang di bawah. Kami akan adakan sesi penerangan percuma dengan penyediaan sebutharga.

Borang Memohon Sebutharga (Quotation) Percuma

Isi borang online mengikut keperluan perlindungan permohonan takaful yang anda perlukan dan hantarkan permohonan. Kami akan membantu anda dalam menyediakan sebut harga dan menguruskan permohonan anda secara Percuma.

Quotation Takaful MLTT
Scroll to Top