Dalam suasana keadaan ekonomi yang agak mencabar sekarang ini sudah pasti dikalangan orang ramai mencari pelan takaful atau medikal kad murah dan mampu milik.
Jika anda sebagai ketua keluarga dan telah mengambil Pelan Takaful Individu (Hibah), anda mungkin mencari pula Pelan Takaful Perlindungan Kos Rawatan Hospital (Medical Card) untuk seisi keluarga anda.
Kenapa anda perlu pelan takaful medikal kad mampu milik ini? Bagaimana memilih pelan yang sesuai?
Izinkan kami bantu menerangkan sebab kenapa perlu pelan takaful ini dan bagaimana memilih pelan yang sesuai agar anda mendapat pelan yang sangat bermanfaat untuk masa depan anda dan keluarga tersayang.
Kenapa Perlu Medikal Kad?
Medical card pada zaman ini bukan lagi kehendak tetapi ia merupakan satu keperluan kerana kos perubatan meningkat saban tahun dan buktinya kita sudah disaksikan di hospital kerajaan peningkatan caj dan kebanyakkan servis bukan lagi percuma pada masa kini.
Inflasi kos perubatan sebanyak 15% setahun dan di dalam pembentangan bajet setiap tahun ada dinyatakan inflasi perubatan.
Lumrahnya, rawatan di hospital kerajaan memakan masa yang sangat panjang kerana kesesakannya.
Alternatif, hospital swasta lebih cepat tetapi memerlukan kos rawatan yang tinggi.
Maka, perlindungan medikal kad ini memudahkan urusan jika anda perlu mendapatkan rawatan di hospital swasta. Mudah, cepat, efisyen dan tidak perlu memikirkan kos rawatan yang tinggi.
Jom semak Kos Rawatan di Hospital Swasta buat masa ini. Harga kos ini meningkat saban tahun.
- Kos Pembedahan Jantung : Bermula RM80,000
- Strok : Bermula RM40,000
- Rawatan Penyakit Kanser : Bermula RM50,000
- Katarak Mata : Bermula RM4,000
- Batu Karang : Bermula RM10,000
- Pembedahan Tulang Belakang : Bermula RM40,000
- Demam Denggi : Bermula RM2,000
Bagaimana Menentukan Pelan Medikal Kad Murah dan Terbaik?
Buat sedikit kajian tentang hospital swasta berdekatan. Pilih bilik yang selesa untuk anda. Samaada bilik 1 atau 2 orang. Lihat kepada harga bilik harian hospital tersebut.
Apakah elemen-elemen terpenting di dalam Pelan Takaful Keluarga?
Terdapat beberapa faktor perlu diambil kira dalam pemilihan medical card ini. Ini penting untuk mengetahui samada ini adalah medical card yang terbaik untuk kita.
- Kos Bulanan
- Liputan tahunan dan seumur hidup
- Pelan boleh ubah atau tak
- patuh syariah
Pilihan Pakej Medikal Kad Murah dan Mampu Milik
Terdapat 5 pilihan pakej :
- Individu
- Suami + Isteri
- Bapa + Ibu + Anak-Anak
- Bapa + Anak-Anak
- Ibu + Anak-Anak
Setiap individu akan mendapat kad yang berasingan. Had Tahunan tidak dikongsi, setiap individu mempunyai had tahunan masing-masing. Had bilangan maksima untuk anak dalam pelan ini adalah empat (4). Jika anda mempunyai anak kelima (5), perlulah diasingkan pelannya.
Detail Pelan Medical Card Mampu Milik
Berikut adalah jadual detail dan faedah di dalam Pelan Medical Card AIA :
. | Faedah | Perlindungan |
---|---|---|
Had Tahunan | RM150,000 | |
Had Seumur Hidup | Unlimited - Tiada Limit | |
Amount Deduktibel | RM300 | |
Penjagaan Dalam Hospital | Faedah Bilik dan Penginapan Hospital (maksimum 150 setahun) Perbelanjaan Kos Rawatan | Tertakhluk kepada Had Tahunan |
Penjagaan Pesakit Luar | Faedah Pra-Penghospitalan (dalam tempoh 60 hari sebelum Penghospitalan) Faedah Rawatan Selepas Penghospitalan (dalam tempoh 150 hari selepas Penghospitalan) | Tertakhluk kepada Had Tahunan |
Faedah Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar dan Rawatan Kanser Pesakit Luar | 300,000 seumur hidup | |
Faedah Prosedur dan Surgeri Harian, Rawatan Kecemasan Pesakit Luar Akibat Kemalangan (termasuk Rawatan Gigi) dan 30 hari Rawatan Susulan | Tertakhluk kepada Had Tahunan | |
Penjagaan Tambahan | Faedah Penjagaan Juruwarat di Rumah (setiap Pengasingan, sehingga maksimum 180 hari seumur hidup) | Sehingga RM3,000 |
Pemindahan atas sebab Perubatan dan Penghantaran Balik Kecemasan. Cth dari luar negara. | Sehingga USD 1 juta |
Berapa Kadar Caruman Yang Sesuai Untuk Pelan Medical Card?
Dengan mengambil kira beberapa faktor. Daripada 100% Gaji anda, 70% adalah liabiliti (belanja bulanan), 20% adalah simpanan di bank (untuk tujuan emergency seperti pembaharuan roadtax, kemalangan kecil dan sebagainya). Maka :
Caruman Bulanan Maksima = 7% Hingga 10% Gaji Bulanan (Mengikut kemampuan dan keperluan)
Perlu diingatkan juga bahawa, Pelan Takaful Keluarga adalah satu pelan kewangan bukan sahaja untuk perlindungan tempoh panjang, ia juga perlu dibayar untuk tempoh yang panjang secara konsisten. Jadi, pastikan pelan ini benar-benar bermanfaat, mengikut keperluan dan kemampuan untuk tempoh sekurang-kurangnya 10 hingga 15 Tahun.
Produk AIA yang berkaitan dengan Pelan ini :
Borang Memohon Sebutharga (Quotation) Percuma
Isi borang online mengikut keperluan perlindungan permohonan takaful yang anda perlukan dan hantarkan permohonan. Kami akan membantu anda dalam menyediakan sebut harga dan menguruskan permohonan anda secara Percuma.