AIA ELITE ACADEMY
AIA Bhd telah melancarkan AIA Elite Academy, sebuah program yang pertama seumpamanya dalam industri. AIA Elite Academy menyediakan program kemasukan eksklusif yang hanya ditawarkan kepada Perancang Hayat (Perunding Takaful) baharu yang layak. Silibus pembelajaran yang disediakan memberikan latihan terbaik dikalangan komuniti yang dapat memupuk semangat bekerjasama, sikap profesionalisme yang tinggi dan kesejahteraan hidup.
Program ini memberi pengkhususan kepada latihan yang fokus terhadap pengetahuan kewangan dan pemasaran sosial media (Social Media Marketing) dan pada masa yang sama menyediakan latihan individu dan mentor kepada Perancang Hayat. Tidak ketinggalan, turut disediakan pelbagai sokongan lain termasuk Skim Pembiayaan Elite dan Elite Pro yang bertujuan membantu Perancang Hayat memulakan kerjaya mereka dengan asas yang kukuh di AIA.
Kami mencari calon Perunding Takaful yang mengimpikan kejayaan dalam kerjaya dan kehidupan. Melalui konsep Virtual Office, kami yakin tidak kira dimana anda tinggal, kami akan bantu sebaik mungkin untuk memastikan anda berjaya.
Kerjaya anda juga akan diatur secara teliti di bawah Program AIA Elite Academy untuk memastikan, bukan anda hanya boleh mempromosikan Pelan Takaful kepada masyarakat, anda juga akan dilatih untuk membina agensi sendiri. Jom Sertai Kami!
Pilihan Program AIA Elite Academy
MENGAPA PERLU PILIH KERJAYA BERSAMA AIA ELITE ACADEMY?
- Pendapatan yang lumayan di samping Bonus Tahunan yang tinggi
- Elaun Skim Elite & Elite Pro dari RM3,000 hingga RM9,000 sebulan (tidak termasuk komisyen)
- Percutian ‘5 Star’ percuma ke luar negara
- Waktu kerja yang fleksibel
- Kursus dan latihan yang profesional disediakan secara percuma untuk anda
- Kerjaya yang menggunakan gajet-gajet IT sebagai ‘tools’ perniagaan
- Berkhidmat dengan syarikat yang diiktiraf, AIA Bhd & AIA Public Takaful Berhad
- Pengiktirafan peribadi yang hebat di peringkat Negara dan Antarabangsa
- Suasana kerja yang kondusif, mesra, positif dan profesional
- Pihak syarikat akan mempersiapkan anda dengan kepakaran dan pengetahuan yang maksimum dari segi teori dan praktikal
- Meningkatkan gaya hidup anda ke arah lebih baik