A Life Kasih Famili
Pelan Hibah Mampu Milik Untuk Rakyat Malaysia! 100% Patuh Syariah
A-Life Kasih Famili
Kami percaya bahawa kesejahteraan hidup orang tersayang adalah keutamaan anda. Dan kerana keluarga adalah segala-galanya buat anda, kasih sayang yang dicurahkan kepada mereka tidak sepatutnya berakhir walaupun anda sudah tiada lagi.
Memperkenalkan A-Life Kasih Famili, pelan Takaful Keluarga yang memenuhi keperluan perlindungan keluarga anda. Pelan ini memberikan anda ketenangan fikiran mengetahui bahawa keluarga anda akan dapat terus menikmati kehidupan yang berkualiti sekiranya sesuatu yang tidak dijangka berlaku kepada anda mahupun pasangan anda.
Oleh itu, buatlah perancangan lebih awal dan pastikan kehidupan yang lebih bermakna untuk anda dan keluarga dengan A-Life Kasih Famili.
Manfaat
FAEDAH KEMATIAN ATAU HUMK
Keluarga anda akan menerima amaun perlindungan asas jika anda meninggal dunia atau mengalami Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal (HUMK).
FAEDAH KEMATIAN AKIBAT KEMALANGAN
Keluarga anda juga akan menerima amaun perlindungan asas sebanyak 200% jika berlaku kematian akibat kemalangan kepada anda.
FAEDAH TAMBAHAN UNTUK PERLINDUNGAN KE ATAS PASANGAN
Dengan rider A-Plus ProtectSpouse-i, pasangan anda akan mendapat perlindungan jika berlaku kematian, HUMK atau kematian akibat kemalangan.
FAEDAH TAMBAHAN UNTUK PERLINDUNGAN PENYAKIT KRITIKAL
Anda boleh mempertingkatkan pelan anda dengan faedah tambahan perlindungan penyakit kritikal dengan rider A-Plus CriticalCare-i atau A-Plus Waiver-i.
LEBIHAN
Jika terdapat Lebihan daripada Dana Risiko Takaful pada setiap akhir tahun, AIA PUBLIC akan berkongsi dengan Peserta yang layak pada nisbah 50:50.
Perlindungan menyeluruh merangkumi perubatan, simpanan & pelaburan dan hibah.
Mencari Pelan Hibah Takaful & Medical Card?
Kami Bantu Anda Untuk Rangka Pelan Takaful Anda